Jumat, 06 November 2009

cara berpakaian

Sedar tidak sedar, ini masuk entri yang ke tiga yang menyentuh mengenai penjagaan aurat. Tidak sangka, isu aurat ini merupakan satu isu penting yang sangat panjang pembicaraannya. Jika dalam entri sebelum ini, ana lebih fokuskan kepada penutupan aurat secara 'basic' atau lebih memfokuskan kepada mereka yang memang kurang menjaga batasan aurat, jadi dalam entri ini pula ana ingin tujukan kepada mereka yang memang tahu dan sangat-sangat menitik beratkan soal penjagaan aurat tetapi kurang sensitif atau peka dengan pakaian yang dipakai untuk 'menutup' bahagian aurat yang tertentu.
Golongan ini pastinya telah mempunyai kesedaran yang tinggi akan peri pentingnya menjaga aurat daripada tontonan awam. Mereka biasanya memakai tudung labuh yang sememangnya menepati tuntutan syariat, memakai sarung kaki dan juga sarung tangan, walaupun berada di bawah terik matahari. Semuanya dilakukan demi menunaikan tanggungjawab seorang Muslimah yang sejati yang mengharap keredhaan Rabbnya. Semoga golongan seperti ini akan terus berkembang biak di masa akan datang.
Jadi kalau begitu, apa lagi yang perlu dibincangkan?
Seperti yang telah ana jelaskan tadi, isu sensitiviti kita terhadap penutupan aurat kita perlu diberi perhatian. Ini kerana, ada sesetengah pihak (termasuk diri saya sendiri atau mungkin saya seorang sahaja di kalangan para Muslimah) yang menyangka dengan berpakaian seperti yang disebutkan di atas sudah menepati kehendak syarak. Tetapi malangnya, apabila diamat-amati dengan sebaik-baiknya, ada lagi beberapa kecacatan yang mungkin tidak disedari. Mungkin alasan 'tidak sengaja jadi tidak berdosa' sering dijadikan 'alas kubur' bagi permasalahan ini. Tetapi sampai bilakah kita hendak bergelumang dengan ke'tidaksengaja'an ini, sedangkan semakin hari ilmu semakin bertambah.
Sekali lagi, ana ingin tekankan 2 ciri utama menutup aurat ialah terlindung WARNA dan BENTUK nya. Mentutup aurat bukan bermaksud sekadar meletakkan apa-apa material di atas anggota aurat tanpa memikirkan soal tebal atau nipis, jarang atau tidak, ketat atau longgar dan sebagainya.
Misalnya, sarung kaki. Ini masalah yang paling kerap berlaku di kalangan para muslimah. Pastinya di tahap ini, kita semua telah mengetahui dan memahami bahawa tapak kaki adalah salah satu daripada aurat kita dan oleh itu kita wajib menutupnya dengan menggunakan sarung kaki. Menutupnya bermaksud menutup warnanya dan bentuknya.
Tapi, kebanyakkan sarung kaki yang terdapat di pasaran adalah sarung kaki yang terlalu
nipis sehingga menampakkan warna kulit, jika dipakai seolah-olah tidak memakai sarung kaki langsung. Ada pula jenis sarung kaki yang tebal, dipanggil stokin, tetapi mempunyai 'jari-jemari', jika dipakai bentuk jari-jari kaki jelas kelihatan, persoalannya, tertutupkah bentuk tapak kaki dengan pemakaian stokin seperti itu? Ada juga yang memakai sarung kaki atau stokin yang pendek sehingga kadang-kadang boleh menampakkan bahagian buku lali dan atasnya semasa sedang berjalan ataupun duduk.
Masalah berik
utnya pula ialah tudung. Ini lebih menyedihkan sebab ana sendiri faham betapa panasnya untuk menutup rambut dan kepada, tapi tidak berbaloi kepanasan yang dialami jika aurat masih juga terdedah. Material tudung yang terdapat di kedai-kedai, memang tidak dinafikan begitu nipis, dan jika tidak berhati-hati, boleh menampakkan bayangan rambut(terutama bagi mereka yang tidak memakai anak tudung) dan leher, lebih-lebih lagi jika berdiri di bawah cahaya matahari.
Sama juga halnya dengan baju dan skirt. Kadang-kadang, pakaian kita memang nampak tebal secara kasarnya, tetapi jika diperhatikan dengan teliti, sebenarnya tidak. Contohnya baju kurung, kadang-kadang kedua-dua batang betis kita masih tidak terlindung di sebalik kain yang dipakai.
Ada juga yang memakai baju yang mempunyai lengan pendek tetapi lengan yang selebihnya dibungkus dengan sarung tangan. Cara pakaian seperti ini rasanya masih belum menepati ciri penutupan aurat yang sebenar kerana sarung tangan adalah ketat, maka jika dipakai begitu sahaja, ia masih menampakkan BENTUK lengan kita.
Lebih sedih lagi jika pakaian-pakaian seperti inilah (tudung, sarung kaki nipis dll) yang digunakan untuk solat. (tanpa memakai telekung) Salah satu syarat sah solat iaitu menutup aurat dengan sempurna tidak ditegakkan jadi bagaimana mungkin sembahyang dapat diterima?
Jadi inilah di antara permasalahan sensitiviti kita terhadap penutupan aurat kita sendiri. Mungkin ada yang beranggapan bahawa perkara ini bukanlah suatu perkara yang layak untuk mendapat perhatian yang mendalam, lantas membuat keputusan untuk tidak mengendahkannya atau cuma bersikap acuh tidak acuh sahaja walaupun sudah mengetahui. Semua ini bergantung kepada niat masing-masing. Seandainya tujuan kita menutup aurat adalah untuk memperolehi keredhaan Ilahi, pastinya walau sesukar mana sekali pun pasti akan diharungi.
Oleh itu, saranan kepada diri ana sendiri yang dhaif ini dan kepada para muslimah yang dikasihi, sempurnakanlah penjagaan aurat kita agar dapat menjadi Qudwah hasanah kepada para muslimah yang lain. Carilah cara-cara yang sesuai untuk menyempurnakan penutupan aurat kita. Cadangan ana, gunakanlah pakaian lapis (di dalam)untuk melapisi pakaian luaran kita, misalnya baju lapis, sarung kaki lapis, tudung lapis. Mungkin ada yang kata "Alah... Lecehlah nak pakai semua lapis-lapis nie! Panas tau tak?!" Tahu dan faham sangat... Tapi, bak kata pepatah melayu yang telah di'islam'kan, "Berpanas-panas di dunia, bersejuk-sejuk di syurga" insyaAllah... Lagipun apa sangatlah kepanasan di dunia jika dibandingkan dengan kepanasan api neraka...
Itu sekadar cadangan. Jika para pembaca mempunyai cadangan lain yang lebih effektif dan mudah, silalah kongsikan untuk manfaat kita bersama...
Alhamdulillahhi kathira, nampaknya segala yang selama ini terbuku di dalam hati telah dapat ana muntahkan di sini. Semoga entri-entri mengenai aurat setakat ini ada manfaatnya bagi diri ana sendiri dan sesiapa yang sudi. Sepuluh jari disusun rapi sebagai tanda kemaafan seandainya terdapat kesalahan atau terdapat bahasa yang kurang menyenangkan. Apa-apa pun, ana mohon petunjukNya jua agar tidak terpesong dari landasan yang sebenar. Faghfirli ya Allah...
Allahua'lam...
by: Muhajeebah at
7:40 AM 1 comments
Labels:
Wednesday, July 23, 2008

Aurat... Sempurnakah sudah kita menjaganya? [bhg 2]
Di dalam entri yang lepas, ana telah menyentuh mengenai dengan bahagian-bahagian aurat yang wajib ditutup oleh lelaki dan perempuan. Rasanya bagi lelaki, aurat yang wajib ditutup telah pun jelas dan tidak banyak yang perlu dibincangkan. Jadi dalam entri ini ana ingin fokuskan kepada permasalahan aurat perempuan. Sekali lagi ana mohon jasa baik para pembaca yang dikasihi untuk membetulkan mana-mana kesalahan yang terkandung di dalam entri ini, kerana ana sendiri bukanlah seorang yang ahli dalam bidang ini, tetapi rasanya tidak salah untuk ana mengongsikan apa yang ana tahu ini untuk manfaat bersama sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: "Sampaikanlah dariku oleh mu walau satu ayat..."
Di sini ana ingin ketengahkan beberapa fenomena 'penutupan aurat' yang berlaku pada masa kini, (mungkin berlaku juga di masa-masa lampau, Allahua'lam) khususnya bagi kaum Hawa.
Ada sesetengah kaum hawa berpendapat dengan menutup rambut sahaja sudah memadai dan sudah memenuhi tuntutan menutup aurat, sedangkan anggota-anggota badan yang lain seperti leher, lengan, tapak kaki masih jelas ditayangkan. Bukankah aurat wanita yang WAJIB ditutup dengan sempurna ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan? Ini bermakna bukan rambut sahaja yang wajib ditutup dan perlu dititik beratkan, anggota-anggota lain juga perlu diberikan pemedulian yang sama rata.
Ada pula
yang menutup rambut dengan sempurna, memakai pakaian berlengan panjang, seluar panjang mencecah bumi dan sarung kaki berwarna warni, tetapi semuanya ketat-ketat dan sendat-sendat belaka sehingga menampakkan susuk tubuh yang sepatutnya disembunyikan. Senario ini lebih kurang sama dengan cara pakaian 'Cat Woman', semuanya tertutup termasuk muka dan rambut, tapi susuk tubuh masih tertonjol. Bukankah salah satu ciri menutup aurat ialah tidak menampakkan BENTUK nya? Jadi dalam masalah ini, aurat masih lagi belum ditutup dengan sempurna.
Ada pula yang pakai tudung tapi rambut dibiarkan terdedah kepada pandangan manusia yang haram melihatnya. Maksudnya, rambut tidak diikat dan di masukkan ke dalam anak tudung atau tidak diklipkan dengan klip rambut atau apa-apa saja cara yang boleh menyembunyikan rambut di sebalik tudung yang dipakai. Senario ini selalu dilihat berlaku di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah, mahasisiwi-mahasiswi dan masyarakat wanita secara umum. Ini ternyata tidak menepati tuntutan menutup aurat yang telah ditetapkan.
Tidak kurang pula yang memakai baju yang bukan main labuh tapi tudung singkat sehingga menampakkan bahagian dada, ala-ala fesyen artis 'muslimah' masa kini. Bukanlah Allah telah berfirman di dalam suruh an-Nur ayat 31, "Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung (tudung) ke dadanya" Ertinya, tidak memadai jika kita telah menyembunyikan rambut kita dan anggota-anggota lain yang wajib ditutup seandainya bahagian dada masih menampakkan bentuknya. Jadi, jalan penyelesaian bagi masalah ini ialah dengan memakai tudung yang labuh atau sekurang-kurangnya melabuhkan tudung yang dipakai tanpa perlu mempinkannya ke tepi bahu dan sebagainya.
Berikut dipaparkan cara berpakaian yang menepati kehendak syariat:
Alangkah indahnya jika semua Muslimah berpakaian seperti ini...
Mungkin ada sesetengah muslimah yang tidak selesa melabuhkan tudung atau memakai pakaian yang memenuhi ciri penutupan aurat yang diwajibkan kerana berpendapat bahawa pakaian tersebut hanya sesuai untuk para ustazah, ibu-ibu, hajah-hajah dan sebagainya. Mentaliti seperti inilah yang perlu dikikis dan dilenyapkan daripada minda kita semua. Kita perlu tahu bahawa kewajipan menutup aurat ini adalah suatu kefardhuan ke atas setiap manusia tanpa mengira pangkat, darjat, karier dan sebagainya. Selagi mana manusia tersebut beragama Islam, maka segala hukum dan perintah wajib dilaksanakan termasuklah kewajipan menutup aurat.
Sekarang, sama-samalah kita muhasabah diri kita...
InsyaAllah, akan bersambung lagi... Tapi sebelum ana mengakhiri post ana pada kali ini, ana ingin kongsikan satu pantun bertajuk 'Mari Menutup Aurat' yang ana terjumpa di sebuah laman web iaitu
http://isteri.blogmas.com/2007/12/31/pantun-mari-menutupi-aurat/
Tutup aurat satu tuntutan, Dalam keluarga wajib tekankan Kalau tak ikut gunalah rotan, Demi melaksanakan perintah Tuhan.
Aurat ditutup mestilah lengkap Tudung litup termasuk serkap, Mini telekong pun orang cakap, Elok dipandang tak payahpun ‘make up’.
Sekurang-kurangnya berbaju kurung, Lebih elok jubah mengurung, Kaki pula mesti bersarung, Ditumit kaki syaitan bertarung.
Kalau wanita menutup aurat, Orang jahat tak berani ngorat, Bahkan boleh menjadi ubat, Orang memandang boleh bertaubat.
Pakaian modern memanglah hebat, Harganya mahal walaupun ketat, Walaupun cantik tetapi singkat, Orang memakai pun nampak pusat.
Berseluar ketat bajupun ketat, Jarangnya pulak boleh dilihat, Orang yang memakai terus dilaknat, Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.
Apa yang aneh bila dipandang, Lengan pendek tapi bertudung, Nampak seperti orang yang kudung, Mata terpandang kaki tersandung.
Lagilah aneh bila di fikir, Baju kebaya tudung berukir, Nampak dada iman terjungkir, Kain terbelah peha terukir.
Bila ditanya kenapa begitu, Dia kata fesyennya dah macam tu, Di dalam hati niat tertentu, Menggoda jantan sudahlah tentu.
Menutup aurat boleh berfesyen, Tetapi jangan menunjuk eksyen, Sesuaikan diri ikut profesyen, Kalau dilaknat tak guna sesen.
Kalau nak “Make Up” biarlah padan, Jangan terlebih bila berdandan, Minyak wangi cuba elakkan, Bedak dan gincu sekadar keperluan.
Kasut tinggi cuba jauhi, Kerana ia melahirkan bunyi, Boleh menarik perhatian lelaki, Perbuatan ini dibenci Ilahi.
Apatah lagi menghentakkan kaki, Menarik perhatian orang laki-laki, Melenggok punggung menggoda hati, Ustaz melihat pun separuh mati. Syaitan sangat suka lah hati ,
Buat apa nak tayang jambul, Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol, Mahkota disimpan tak jadi bisol, Memakai tudung Islam tersimbol.
Selokaku ini bukanlah jahat, Cuma saja mahu peringat, Kepada semua para sahabat, Terutama sekali rakan sejawat.
Kalau nak ikut nasihat ini, Jangan bertangguh ubahlah diri, Benda yang baik tak payah diuji, Akan terserlah akhlak terpuji.
Kepada semua kawan lelaki, Jangan tergelak wanita diperli, Keluarga kita tak terkecuali, Terutama sekali anak dan bini.
Sudahkah kita tanamkan iman, Menutup aurat sepanjang badan, Ke sana sini dilindungi Tuhan, Keluarga menjadi contoh teladan.
Setakat ini seloka kami, Harap dapat menghibur hati, Yang baik bolehlah anda ikuti, Kalau boleh besok mulai